Posts

Biras saya nombor lapan

Image
05.12.2020 Sejak saya dan Dr Bob membeli motosikal cub classic ni lebih dua bulan lepas, kami menerima berbagai kejutan. Dengan teguran orang yang kami tak kenali kerana berminat untuk mengetahui mengenai motosikal kami, hingga lah ke kawan-kawan yang meminta penjelasan di mana tempat terbaik untuk membeli motosikal yang sama. Kejutan terkini yang saya alami adalah sangat dekat dengan rumah saya. Semasa saya di kebun muhibah, biras saya yang juga penduduk taman suria tropika memberitahu saya yang dia sudah bersedia untuk membeli motosikal cub classic yang sama seperti moto saya. Wow, Pehin Fadzuli ni bikers juga rupanya. Maka kami pun dengan semangat yang berkobar-kobar terus membuat pembelian sebuah lagi cub classic di SH Bikers. Pada hari sabtu 5 December, semua ahli yang berkelapangan telah bersama-sama ke Seri Serdang untuk pengambilan moto yang terbaru. Ahli yg ke lapan. Pilihan no pendaftaran untuk moto Fadzuli adalah dari negeri Sarawak iaitu QLC. Kini kami ada Perlis (RAG dari

Adik saya nombor tujuh

Image
Ketika kami bersemangat untuk menyambut ahli yang ke enam, kami menerima kejutan apabila adik saya, Abbas Perasan Kacak, juga bersedia untuk mengambil motosikal cub classic dia. Pada awalnya, dia dengan bangganya memberitahu semua orang motosikal dia berwarna merah. Menurut cerita dia, warna merah lah yang paling hebat. Kami semua mengiye kan saja. Warna apa pun kami tak kira. Setelah kami selesai menagmbil moto KK di SH Bikers, dia mengumumkan yang moto dia sebenarnya berwarna hijau, sama macam kebanyakan yang lain. Katanya warna hijau ni OK. Ye lah, pasti kami setuju. Kami bergerak menuju ke kedai moto di Seri Kembangan sebaik sahaja photo shoot untuk moto KK selesai di Seri Serdang. Memang seronok bergerak bersama dengan enam bijik moto cub classic ni. Cukup ramai orang bertanya mengenai moto kami di traffic lights atau stesen minyak. Kami tiba di Seri Kembangan dan terus bersedia untuk photo shoot moto Abbas pula. Rupa-rupanya warna moto dia bukan merah dan bukan hijau tapi sebalik

Persahabatan tertanam, kini kami berenam

Image
Peningkatan ahli cub classic owners di TST meningkat lagi hari ini. Sahabat kami Imam Muda Khairie Kemat atau KK, kini sah sebagai ahli yg ke enam. Seperti biasa, rakan-rakan CCC yang berkelapangan turut bersama menemankan KK mengambil jentera baru di SH Bikers, Seri Serdang. Kisah bagaimana KK membuat keputusan untuk menyertai arus semangat cub classic cukup hebat. Dua hari yg lepas, Tok Ray selaku penaung dan juga owner yang paling aktif dalam kumpulan ini telah menghuraikan dengan ringkas tetapi lengkap mengenai matlamat group ini kepada KK dan keluarganya semasa menunggu kami untuk keluar mengambil jentera Tok Azroy. Ketika itu juga KK mengambil keputusan untuk turut menyertai group ini. Syabas Tok Ray. Tahniah KK. Kita semua yakin, akan ada lagi sahabat yang lain yang pasti akan turut bersama di akan datang. Tidak ketinggalan, ribuan terima kasih kepada Sheikh Mamu kerana membantu KK menyiapkan helmet dan plate mantap jentera barunya. Juga Dr Bob selaku ahli yang paling berpengala

Kami tak perlu rasa istimewa

Hari ini kami menerima kritikan dari beberapa rakan riders yang berasa tidak puas hati kerana tidak di ajak bersama dalam aktiviti cub classic. Buat masa ini kami masih tidak faham apa masalah yang sebenar. Ada saya memohon maaf kerana berkongsi video yg hanya mengandungi kisah-kisah cub classic. Walaupun ada yang masih mahu melihat video-video yang akan datang, saya masih yakin ini lah punca ketidak puasan hati sebilangan rakan-rakan kami. Cukup menghairankan. Mereka tidak mahu terima kawan-kawan yang tiada motosikal berkuasa besar dalam group mereka. Sebaliknya bila mereka yang tidak ada dalam group cub classic, mereka tak berpuas hati. Saya rasa mungkin saya dah tidak bersemangat lagi untuk bersama-sama dengan group big bikers ni. Kalau bukan kerana Shukri dari Miri, pasti saya dah tinggalkan group yg hanya mementingkan diri sendiri. Kami tak perlu berlagak seolah-olah kami istimewa. Persahabatan dan ukhuwah menjadikan kita istimewa. Wallahualam. We are TST CCC. 

Tak perlu lama untuk yg ke lima

Image
Sekali lagi, TST CCC menyambut ahli yang terbaru, Dato Hazrul atau lebih di kenali dengan gelaran Tok Azroy. Ahli no 5. Group photo di depan kedai Penyertaan Tok Azroy sangat istimewa. Selain dari penduduk Taman Suria Tropika dan ahli qariah Surau Al Ansar, dia juga ahli Staroba.  Keputusan untuk menyertai kumpulan cub classic di ambil oleh Tok Azroy dengan cukup mudah. Dia lihat, dia suka, dia bertindak. Kini kami berlima. Khairie Kemat (KK) dan Abbas GS akan menjadi ahli yang ke enam dan ke tujuh. Pasti ramai lagi yg ada keinginan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.  Aktiviti yang padat telah pun di rancang. Pendekatan kami mudah, tiada paksaan dalam persahabatan. Kami hargai persamaan dan kami inginkan kekuatan dalam perhubungan.  Kini Tok Azroy sudah berjaya memiliki sebuah jentera yang hebat. Jika ada kelapangan, pasti dia akan bersama dalam mengisi aktiviti yang di rancang. Terima kasih Dr Bob, Tok Ray dan Sheikh Mamu kerana menemani Tok Azroy hari ni. We are TST CCC.  Ahli

Sungguh cepat bertambah ke empat

Image
Hari ini 25 November 2020, TST CCC menerima ahli yang ke empat. Seorang yg sangat di hormati di Taman Suria Tropika, Datuk Razak ataupun lebih dkenali dengan nama Tok Ray. Seperti biasa, pada awal pagi lagi Dr Bob dan saya bergerak ke Seri Serdang untuk menemankan Tok Ray menerima motosikal yg masih bersih dan suci. Ahli no 3, Sheikh Mamu, tidak dapat bersama kerana urusan kerja. Oleh kerana kedai moto SH Bikers di buka pada pukul 9 pagi, kami mengambil peluang untuk mengisi perut di kedai sate 7 pagi. Tok Ray dan Datin Eira telah tiba dengan lebih awal dan sedia menunggu. Setelah cukup makan dan minum, kami terus ke SH Bikers. Proses penyerahan motosikal eksklusif cub classic sangat lancar dan cepat. Selesai acara pengambilan gambar untuk Facebook dan semua media sosial lain yg berkaitan, kami terus ke kedai plate nombor. Kali ini kami berjaya mendapatkan plate design yang paling sesuai untuk cub classic eksklusif kami. Plate untuk Sheikh Mamu juga kami buatkan supaya dia tidak keting

Dulu muda kini dah agak tua

Image
Pada tahun 1988, saya bernasib baik kerana dapat melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi di USM Penang. Pada minggu pertama kami tiba di kampus Universiti, saya berkongsi dengan sahabat saya membeli sebuah Honda Cub 50 cc untuk kegunaan kami berulang alik dari asrama Desasiswa Gemilang ke dewan kuliah. Motosikal tu agak uzur dan setiap kali kami mendaki bukit di kampus universiti, saya terpaksa turun supaya moto kami dapat bergerak memanjat cerun yg sebenarnya tidak pun begitu curam. Walaupun kami menjadi bahan jenaka rakan-rakan tapi kami tetap bangga dengan jentera hebat kepunyaan kami yg sah. Pada waktu tu, saya belum mempunyai lesen jadi saya hanya layak menjadi pembonceng. Saham saya di kalangan gadis-gadis pelajar memang sangat rendah. Sudah lah tak hensem, tak tegap dan tak kaya, lesen moto pun tak de.  Setelah beberapa bulan, Ayah saya dengan baik hati menghadiahkan saya sebuah Honda C70 yg berumur hanya beberapa tahun. Saya cukup gembira dan dengan semangat yg berkobar-ko